Saturday, January 4, 2014

Pakej Ubahsuai Rumah / Bina Banglo untuk Kakitangan Kerajaan.Tanpa bayaran pendahuluan!!!

Pakej Ubahsuai Rumah / Bina Banglo
untuk Kakitangan Kerajaan

Melalui pinjaman perumahan perbendaharaan Malaysia
Tanpa bayaran pendahuluan!!!






                                 * Tanpa wang pendahuluan atau deposit
                                 * Pinjaman sehingga 100%
                                 * Semua proses pinjaman diuruskan oleh kami
                                 * Khas untuk kakitangan kerajaan
                                 * Tertakluk kepada syarat-syarat tertentu



Syarat-Syarat Asas
Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
- Warganegara Malaysia
- Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan
- Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
- Telah disahkan dalam jawatan
- Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
- Pembelian harta di Sabah dan Sarawak mesti melalui BPP cawangan di Sabah dan di Sarawak
- Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
- Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai Janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman
- Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.

Wednesday, July 28, 2010

Senarai Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah Yang Layak Dipertimbangkan

Senarai Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah Yang Layak Dipertimbangkan

A. Ubahsuai Bahagian Dalaman

1) Ubahsuai Ruang Tamu

- Kabinet Bawah Tangga

- Memecah Dan Mengganti Lantai

- Mengganti Pintu /Tingkap

- Memasang Plaster Siling Berbunga

2) Ubahsuai/Tambahan Bilik Air

- Memecah Dan Mengganti Lantai/Dinding

- Shower

- Tangki Air

- Bath Tub

- Mangkuk Tandas

- Pintu Bilik Air

- Memasang Pintu Pvc

- Singki Air

- Cermin Muka

- Penyangkut Tuala

- Bekas Sabun

3) Ubahsuai/Tambahan Bilik Tidur

- Pasang Siap Almari Bilik Tidur

- Memecah Dinding Dan Mengubah Kedudukan Bilik Tidur

- Menambah Loteng Bilik

- Mengganti Pintu/Tingkap

4) Ubahsuai Dapur

- Mengganti Lantai/Dinding

- Kabinet Pasang Siap

- Mengganti Pintu/Tingkap

5) Ubahsuai Tangga

6) Membina tembuk/arch over antara ruang makan dan dapur

B. Tambahan Bangunan

1) Membina bahagian hadapan rumah

2) Membina bahagian dapur

3) Membina garaj kereta (car porch)

4) Pembinaan pagar tembuk termasuk pasang siap tong sampah, loceng rumah dan peti surat

5) Retaining wall sahaja

C. Pelbagai

1) Pemasangan paip air

2) Pemasangan sesaluran air

3) Pembentungan/sistem peparitan

4) Tambak/tambun tanah

5) Land scape termasuk menanam rumput

6) Pendawaian semula semua peralatan elektrik termasuk pemasangan punca, kebal, pembumian, alat pencegah/pengujian kilat khas dan alat pencegah keselamatan ( alarm system)

7) Mengilatkan lantai (grinding)

8) Mengecat keseluruhan rumah

9) Kertas dinding (wall-paper)

10)Meroboh bangunan

11) Pembersihan/pembuangan sisa-sisa bangunan

12) Bagi Anggota Pentadbiran, ‘Guard House’ boleh dipertimbangkan jika layak

Senarai Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah Yang Tidak Layak Dipertimbangkan

A. Accessories

1) Alat Penghawa Dingin

2) Bekas/Alas Alat Penghawa Dingin ( Tray For Aircond)

3) Tampal Dinding (Plastering) Selepas Pemasangan Alat Penghawa Dingin

4) Kipas Angin

5) Lampu-Lampu

6) Television

7) Peti Sejuk

8) Komputer

9) Water Heater

10) Solar Dan Pemasangan

11) Astro

12) Karpet (Permaidani)

13) Dapur Gas

14) Alat Penyedut Asap

15) Alat Penyedut Habuk

16) Alat Perabut Mudah Alih Seperti Kerusi-Meja, Almari, Katil Dan Sebagainya

17) Arial Dan Amplifier

18) Telefon

19)Menara Tangki Air Di Luar Rumah

20) Bidai (Langsir)

B. Soil Treatment

1) Anti termite ( kerja-kerja mencegah dan menghapus anai-anai dan serangga )

C. Preliminaries

1) Menjamain Keselamatan Bangunan

2) Menjamin Keselamatan Pekerja-Pekerja

3) Penyediaan Pelan Bangunan

4) Kos Guaman

5) Penyelian Pekerja

D. Kos Juru Perunding (Consultancy fees)

1) Penyeliaan Dan Penyelarasan Kerja-Kerja Ubahsuai

Tuesday, July 27, 2010

SYARAT-SYARAT PINJAMAN UBAHSUAI RUMAH UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN

SYARAT-SYARAT PINJAMAN

1.Syarat-Syarat Asas

Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
Warganegara Malaysia
Borang permohonan dikemukakan 6 bulan sebelum bersara/tamat

perkhidmatan

Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
Telah disahkan dalam jawatan
Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji

tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib

Pembelian harta di Sabah dan Sarawak mesti melalui BPP cawangan di

Sabah dan di Sarawak

Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai Janji dan

Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak

Berkuasa memberi pinjaman

Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami

dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli

mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran

Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan


2.Syarat-Syarat Pinjaman Pembelian Harta Pertama

Bayaran Wang Proses adalah RM 1.00 bagi setiap RM 1,000 pinjaman yang

dipohon tertakluk kepada tiap-tiap ribu ringgit yang hampir (RM 500 dan ke atas

dikenakan tambahan RM 1.00)

Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 30 tahun bagi pemohon yang

memilih skim pencen. Bagi pemohon skim KWSP, tempoh bayaran balik adalah

terhad kepada baki tempoh perkhidmatan

Bagi pinjaman jenis IV (Pembelian tanah untuk tujuan membina rumah)

kelayakan maksima adalah tidak melebihi 50% dari kelayakan semasa dan

tempoh maksima bayaran balik adalah 12 tahun


3.Syarat-Syarat Pinjaman Pembelian Harta Kedua

(i)Pegawai skim berpencen

Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan

semasa dengan pinjaman pertama dan tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan

tidak melebihi 50% dari anggaran pencen berdasarkan gaji semasa

Bagi menentukan kelayakan pinjaman berdasarkan ansuran bayaran balik tidak melebihi

50% dari pencen, kaedah pengiraan pencen adalah seperti berikut :-

1 _ X Gaji pokok semasa X 300 bulan.
600

(ii)Pegawai skim KWSP.

Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan

semasa dengan pinjaman pertama

(iii)Bayaran Wang Proses adalah RM 2.00 bagi setiap RM 1,000 pinjaman yang dipohon

tertakluk kepada tiap-tiap ribu ringgit yang hampir (RM 500 dan ke atas dikenakan

tambahan RM 2.00 )

(iv)Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 25 tahun bagi pemohon yang memilih

skim pencen. Bagi pemohon skim KWSP tempoh bayaran balik adalah terhad kepada

baki tempoh perkhidmatan

(v)Bagi pinjaman jenis IV (Pembelian tanah untuk tujuan mendirikan rumah) kelayakan

maksima adalah tidak melebihi 50% dari kelayakan semasa dan tempoh maksima

bayaran balik adalah 10 tahun

(vi) Syarat-syarat dan peraturan lain sepertimana yang terkandung di dalam Pekeliling

Perbendaharaan Bil. 10/94 dan Bil.6/95 masing-masing dan pindaan-pindaan kepada

kedua-kedua nya adalah tidak berubah dan masih berkuat kuasa dari semasa ke semasa.


4.Syarat-Syarat Pinjaman Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah yang dibeli melalui

Pinjaman Kerajaan

(i)Permohonan hanya boleh dibuat selepas 5 tahun dari tarikh surat kelulusan bagi pinjaman

Jenis I dan Jenis V ATAU 5 tahun dari tarikh pengeluaran bayaran 95% / 100% bagi

pinjaman Jenis II dan Jenis III

(ii)Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman

(iii)Permohonan pinjaman bagi kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan sekali sahaja.

(iv)Amaun pinjaman adalah perbezaan di antara kelayakan semasa (mengikut gaji hakiki)

dengan amaun yang telah diambil atas pembelian harta terdahulu, tidak termasuk

Perlindungan Takaful / Insurans Gadaijanji dan Pemilik Rumah.

(v)Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 30 tahun bagi pemohon yang memilih

skim pencen. Bagi pemohon skim KWSP tempoh bayaran balik adalah terhad kepada baki

tempoh perkhidmatan

(vi)Pemohon hendaklah melantik Pemegang Pertaruhan dengan mengemukakan Akujanji

Pemegang Pertaruhan seperti Format Borang 3C (Kes Assignment) atau 3D (Kes Gadaian)

(vii) Pemohon hendaklah mengemukakan salinan Borang 1 yang dikemukakan kepada Jabatan Penilaian

dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan

(viii)Jika Hakmilik telah dicagarkan kepada mana-mana Institusi Kewangan selain daripada Kerajaan

Malaysia sebagai Pemegang Gadaian kedua, pemohon perlu mendapat surat pengesahan daripada

Institusi Kewangan berkenaan terlebih dahulu yang bersetuju untuk menangguhkan gadaian bagi

membolehkan Kerajaan Malaysia didaftarkan sebagai Pemegang Gadaian Kedua dan institusi

kewangan berkenaan sebagai Pemegang Gadaian Ketiga.

(ix)Bagi Kes Assignment, jika Hakmilik Individu / Strata telah dikeluarkan, pinjaman untuk kerja ubahsuai

rumah hanya boleh dipertimbangkan setelah Hakmilik Individu / Strata dipindahmilik kepada nama

peminjam dan digadaikan kepada Kerajaan Malaysia

(x)Permohonan ubahsuai hendaklah menggunakan skim pinjaman yang diluluskan mengikut pinjaman

pertama pemohon samaada SPPP atau SPPPI

(xi)Kerja ubahsuai rumah hanya boleh dimulakan selepas surat tawaran kelulusan pinjaman dikeluarkan

oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan

(xii)Pindaan ke atas pelan yang telah diluluskan Pihak Berkuasa Tempatan tidak dibenarkan selepas

surat tawaran kelulusan pinjaman dikeluarkan

(xiii)Pinjaman kerja ubahsuai tidak diluluskan ke atas pembelian aksesori rumah.


5.Syarat-Syarat Pinjaman Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah yang tidak dibeli melalui Pinjaman Kerajaan

(i)Surat persetujuan daripada bank atau institusi kewangan menjadi pemegang gadaian kedua jika harta

masih dicagar kepada bank atau institusi kewangan

(ii)Kerja ubahsuai hanya dibenarkan ke atas rumah yang telah siap sepenuhnya

(iii)Suami/isteri kepada peminjam juga dibenarkan untuk memohon pinjaman bagi kerja ubahsuai rumah

dengan syarat mereka adalah pemilik bersama

(iv)Pemohon yang telah mengambil pinjaman pertama perlu menyelesaikan pinjaman tersebut dan

amaun pinjaman yang layak dipohon adalah baki kelayakan semasa

(v)Pelan kerja ubahsuai yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan tempoh kelulusan masih

berkuatkuasa

(vi)Pemohon hendaklah mengemukakan salinan Borang 1 yang dikemukakan kepada Jabatan Penilaian

dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan

(vii)Kerja ubahsuai rumah hanya boleh dimulakan selepas surat tawaran kelulusan pinjaman dikeluarkan

oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan

(viii)Pemohon adalah pemilik hartanah sepenuhnya atau pemilik bersama (suami atau isteri)

(ix)Pindaan ke atas pelan yang telah diluluskan Pihak Berkuasa Tempatan tidak dibenarkan selepas

surat tawaran kelulusan pinjaman dikeluarkan

(x)Pinjaman kerja ubahsuai tidak diluluskan ke atas pembelian aksesori rumah

(xi)Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 30 tahun bagi pemohon yang memilih skim pencen.

Bagi pemohon skim KWSP tempoh bayaran balik adalah terhad kepada baki tempoh perkhidmatan.

(xii)Bagi Kes Assignment, jika Hakmilik Individu / Strata telah dikeluarkan, pinjaman untuk kerja

ubahsuai rumah hanya boleh dipertimbangkan setelah Hakmilik Individu / Strata dipindahmilik

kepada nama peminjam.


6.Syarat-Syarat Pinjaman Harta Yang Belum Mempunyai Hakmilik Individu/Strata Di Pasaran Sekunder daripada Individu/Pemaju (Penjual Kedua)

(i)Hartanah dimajukan oleh pemaju berlesen atau dikecualikan lesen oleh Kementerian Perumahan dan

Kerajaan Tempatan (KPKT)

(ii)Rumah telah siap 100%

(iii)Permohonan hanya dibenarkan bagi skim SPPP sahaja

(iv)Perjanjian jualbeli antara pemaju (penjual pertama) dengan pembeli pertama

(v)Perjanjian jualbeli antara penjual kedua dengan pembeli

(vi)Akujanji Pemaju, Tuan Tanah dan Pemegang Pertaruhan (Borang 5B)

(vii)Akujanji Pemegang Pertaruhan (Borang 3A)

(viii)Persetujuan pembeli kedua menanggung risiko kerana membeli harta daripada penjual yang bukan

pemilik berdaftar (harta belum mempunyai Hakmilik Strata (Borang 10)

(ix) Salinan surat permohonan pemaju untuk pecah bahagi bangunan kepada Pejabat Tanah dan Galian

(x)Penyata baki hutang bank penjual kedua bagi 6 bulan kehadapan (sekiranya berkaitan)

Nota:

Syarat-syarat dan dokumen lain yang perlu dikemukakan bersama Borang Permohonan Pinjaman adalah mengikut Pinjaman Jenis I.


7.Syarat-Syarat Pinjaman Harta yang Mempunyai Hakmilik Individu/Strata di Pasaran Sekunder daripada Individu/Pemaju (Penjual Kedua)

(i)Hakmilik Individu/strata telah dikeluarkan atas nama pemaju (penjual pertama) tetapi belum

dipindahmilik kepada nama penjual kedua sebagai pemilik berdaftar

(ii)Hartanah dimajukan oleh pemaju berlesen atau jika dikecualikan lesen hendaklah mengemukakan

surat pengecualian daripada pihak berkuasa yang berkenaan

(iii)Rumah telah siap 100% dan Sijil Layak Menduduki telah dikeluarkan

(iv)Penyata baki hutang bank penjual kedua bagi 6 bulan kehadapan berserta Akujanji Bank akan

melepaskan wang tebusan jika gadaian tidak dapat dibuat

(v)Salinan Borang Pindahmilik (14A) yang telah disempurnakan

(vi)Surat Kebenaran Pindahmilik oleh Pejabat Tanah daripada pemaju kepada pembeli

(vii)Akujanji pemegang pertaruhan untuk pindah milik terus kepada nama pemohon (Borang 3B)

(viii)Persetujuan pembeli kedua menanggung risiko kerana membeli harta daripada penjual yang bukan

pemilik berdaftar (harta belum mempunyai Hakmilik Strata (Borang 10)


8.Syarat-Syarat Permohonan Lanjut Tempoh Pinjaman Perumahan Perbendaharaan

(i)Pemohon masih dalam perkhidmatan/belum bersara

(ii)Permohonan hanya dibenarkan kepada peminjam yang telah diluluskan pinjaman sebelum 1

Januari2009

(iii)Bayaran 100% telah dikeluarkan kepada pemaju/kontraktor/penjual

(iv)Tempoh minimum adalah lima (5) tahun

(v)Permohonan dibenarkan sekali sahaja

(vi)Permohonan perlu dikemukakan lima (5) tahun sebelum tamat tempoh bayaran balik pinjaman

(vii)Tidak dibenarkan ke atas pinjaman Jenis IV

(viii)Permohonan yang melibatkan tambahan amaun pinjaman (insurans) RM30,000 dan keatas (seperti

yang dinyatakan dalam surat tawaran baru),peminjam perlu melantik peguam untuk urusan

gadaian/cagaran semula.Segala kos yang berkaitan bagi urusan tersebut ditanggung oleh

peminjam

(ix)Permohonan yang melibatkan tambahan amaun pinjaman ( insurans) kurang daripada RM30,000,

peminjam perlu menyempurnakan akunjanji

(x)Salinan Borang opsyen lanjut tempoh perkhimatan daripada 56 kepada 58 tahun bagi skim KWSP yang diakui sah oleh ketua Jabatan

(xi)Salinan surat pengesahan pertukaran dari skim KWSP ke skim berpencen daripada SPA, SPP Ibu

Pejabat Polis Diraja Malaysia, Pentadbiran Negeri dan Badan Berkanun yang diakui sah oleh ketua

Jabatan

(xii)Salinan Surat penambahan tempoh perkhidmatan (Tentera sahaja) yang diakui sah oleh ketua

Jabatan

(xiii)Jika peminjam telah diluluskan Pinjaman Jenis VII, permohonan lanjut tempoh hanya dibenarkan ke

atas Pinjaman Jenis VII sahaja

(xiv)Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman pinjaman


9.Jenis-Jenis Pinjaman

JENIS I: PEMBELIAN RUMAH TELAH SIAP

JENIS I: RUMAH SIAP DARI PASARAN SEKUNDER (HAKMILIK INDIVIDU/STRATA)

JENIS I: RUMAH SIAP DARI PASARAN SEKUNDER (HAKMILIK ASSIGNMENT)

JENIS II: PEMBINAAN RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI

JENIS III: PEMBELIAN RUMAH DALAM PEMBINAAN

JENIS IV: PEMBELIAN TANAH

JENIS V: PENYELESAIAN HUTANG (AMBILALIH PINJAMAN BANK/INSTITUSI KEWANGAN)

JENIS VI: UBAHSUAI RUMAH PINJAMAN KERAJAAN

JENIS VI: UBAHSUAI RUMAH BUKAN PINJAMAN KERAJAAN


10.Kelayakan Pinjaman/Pembiayaan

Sila pastikan bahawa AMAUN KELAYAKAN pinjaman/pembiayaan adalah berdasarkan kepada GAJI HAKIKI

SEMASA permohonan

Sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan SPPP bil 6/1995 @ SPPPI bil.10/1994

Amaun pinjaman/pembiayaan yang ditawarkan adalah berdasarkan pada amaun terendah diantara

kelayakan/harga rumah/bakihutang bank @ laporan penilaian.